Sulit
4 tahun
Masakan pesakit covid
sy…suami dan anak telah disahkan positif pada kamis 31 dis dan kami sedang menunggu PKD utk menghubungi tindakan lanjut…
soalan sy…bolekah sy menyediakan makanan untuk suami dan anak sy?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, sekiranya ahli keluarga anda telah disahkan positif covid, dalam hal ini suami dan anak anda, maka mereka hendaklah mengasingkan diri sepanjang tempoh kuarantin walaupun berada di rumah. Hal ini penting bagi melindungi ahli keluarga lain yang tidak terlibat dengan jangkitan wabak ini, daripada dijangkiti.
Kuarantin di bilik bermaksud tiada percampuran rapat dengan ahli keluarga lain samada makan, bersembang bersama kecuali mampu menjaga jarak yang ditetapkan, pakai pelitup mulut dan hidung, serta tiada sentuhan. Makanan boleh disediakan tetapi tidak boleh dikongsi bersama termasuk peralatan makan dan minum seperti pinggan, sudu dan garfu adalah disyorkan untuk diasingkan khusus selama tempoh kuarantin.
Anda juga perlu mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID )
Selain itu, jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































