Sulit
4 tahun
Masala kesehatan pada saya
hello please respon dr ! saya umur 21 saya baru bermula untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 saya ingin terangkan ? saya kurang darah & sesak nafas menyebabkan gastrik pada diri saya ! saya sesaf nafas tidak seteruk mana ! hanya biasa terkadang ada terkadang tiada ! bagaimana kah jika saya mengambil suntikan vaksin ! tolong di penjelaskan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh terima suntikan vaksin covid, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda. Vaksin berfungsi dengan membantu sistem immuniti badan kita menghasilkan antibodi terhadap virus covid, melindungi kita dari jangkitan.
Selain itu, kesan sampingan vaksinasi juga berbeza antara satu sama lain. Sekiranya bergejala, biasanya ia akan sembuh dalam jangka satu minggu.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























