
Sulit
5 tahun
Masalah air ketuban tinggi
saya berumur 29 tahun dan ini merupakan kandungan pertama. sejak melebihi 20 weeks, doctor mengesan bahawa air ketuban air tinggi daripada normal iaitu level ‘26’. sekarang kandungan berusia 27 weeks dan air ketuban kekal sama iaitu ‘level 26’. doctor telah pun membuat sugar testing dan keputusannya normal before fasting 4.05 and after fasting is 6.26. saya tidak pasti apa komplikasi dan cara untuk mengubatinya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, apabila amniotic level anda melebihi 24, dikhuatiri ini bermakna cairan ketuban anda berada pada kadar yang tinggi yang juga dikenali sebagai polyhydramnios. Antara komplikasi yang boleh terjadi akibat cairan ketuban yang banyak adalah berupa:
- Kontraksi preterm
- Kelahiran awal
- Membran (dinding) ketuban pecah awal
- Malposisi janin (posisi kepala janin tidak dibawah)
- Gangguan pernafasan ibu
- Prolaps tali pusat
- Atoni rahim (yaitu rahim hilang upaya untuk kontraksi)
- Abruptio placentae yaitu apabila placenta (uri) yang seharusnya melekat dengan dinding rahim tercabut
- Kematian janin
Walaupun risiko-risiko diatas terkait dengan polyhydramnios, adalah penting untuk diketahui bahawa risiko kejadian sangat rendah sekiranya kadar cairan hanya sekitar 26. Hal yang penting untuk puan amalkan adalah seperti berikut:
- Melakukan scan setiap 4 minggu untuk memeriksa makrosomia dan menilai anatomi janin.
- Merancang kelahiran pada kira-kira 39 minggu
Justeru, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.