
Sulit
5 tahun
Masalah bengkak pada anak tekak
Saya wanita berusia 30, hari ini tekak sy sakit hingga terasa bengkak pd ank tekak dan bila sy batuk akan muntah skali bersama darah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak pada anak tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat trauma mekanikal seperti makanan tajam
- Peritonsilar abses
- Akibat ubatan
- Akibat jangkitan
- Epiglottitis keradangan suatu flap di tekak
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sehingga sakit dan berdarah, amat dikhuatiri dapat menganggu keselesaan anda serta mempengaruhi rutin seharian seperti makan. Justeru, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.