
Sulit
5 tahun
Masalah berkaitan perut(gastrik)/ usus(IBS)
Salam. Saya berjantina elaki berumur lingkuan 20-30 tahun. Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut berkaitan penyakit IBS? Adakah ciri-ciri penyakit seperti di bawah mempunyai kaitan dengannya.
- Kram perut
- Najis lembut tetapi mempunyai lendir. (Nasji berwarna coklat kekuningan)
- Najis tidak berdarah (Namun pernah terlihat makanan seperti jagung yang tidak dicerna dengan baik sewaktu buang air besar)
- Najis berbau busuk
- Kerap kentut berbau
- Tidak selesa apabila berada di khalayak ramai orang (Kesan daripada masalah bau busuk)
- Terkadang, terdapat kesan bunyi mengeram di dalam perut
Mohon pencerahan daripada Doktor skop rawatan yang sesuai sekiranya menghidap penyakit IBS ini. Insya-Allah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, himpunan gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh lebih dari satu perkara. Antaranya:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - Bowel obstruction/ usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Irritable bowel syndrome : yaitu sekumpulan gejala yang terjadi akibat hubungan signal otak dengan usus yang tidak selari
- Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing - Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut bawah, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Sebetulnya semua keadaan diatas memerlukan pemeriksaan lanjut sebelum diagnosis diberikan dan pengubatan dijalankan. Justeru, ada;ah digalakkan untuk anda merujuk doktor terlebih dahulu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.