
Sulit
5 tahun
Masalah buang air besar2
Assalamualaikum…saya lelaki 22 tahun. Sudah seminggu lebih najis saya tidak keras. Saya rasa amat pelik dah khuatir. Iannya seperti tahi lembu. Kekerapan membuang air besar saya sama dgn sebelom ini iaitu sehari sekali. Kadang rasa tidak lawas selepas membuang air besar.Dalam tempoh seminggu dua kali saya cirit tapi jumlah yg sedikit. Adakah ia normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan anda boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Inflammatory bowel disease
- Divertikulum
- Crohn’ disease
- Celiac disease
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.