Sulit
3 tahun
Masalah buasir luaran dan dalaman setiap kali selepas membuang besar
Saya wanita yang berumur 17 tahun sedang menghadapi masalah buasir.Bahagian dubur amat sakit dan pedih selepas membuang besar. Saya tidak menerima rawatan tetapi saya pergi ke farmasi membeli ubat rowatanal cream.Sebelum ini setiap kali membuang darah keluar tetapi tidak selalu. Sejak saya menggunakan ubat rowatanal cream, darah tidak keluar tetapi bahagian dubur masih sakit dan pedih.Adakah saya perlu menerima rawatan doktor?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan dan diagnosis yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara amnya, berak berdarah tidak hanya tertakluk kepada masalah buasir dan boleh disebabkan oleh:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.