Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
Hai doc…sy berumur 40tahun…baru2 nie sy ada balik kg.sy dari zon merah…sy suri rumah jarang klur pergi mana2 sepanjang tempoh covic.tiada kenalan rapat covic.sy nak tahu kebarangkali sy akan dijangiti covic tu tinggi tak?
Sekarang sy cuba jarak dgn famili…klu mrk masuk bilik sy bahaya tak doc& pakiaan sy kena diasingkan ke dari mrk2 yg sihat…
Hari isnin sy nk buat test covic
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang simptom Covid19.
Untuk makluman anda, menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti demam.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ada gejala berlaku dan berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Sila asingkan diri daripada orang lain sementara anda melakukan ujian COVID.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.