
Sulit
5 tahun
Masalah darah period berlanjutan
Hai doctor. Nama saya Norfarah berumur 30 tahun. Saya ingin bertanya tentang masalah period. Sebelum ni saya period susah 2 bulan sekali baru period itu pun setelah makan ubat period. Sekarang lps 2,3 bulan saya makan ubat hormon start bulan 8 period saya jadi xtentu. Bulan 8 saya period 4hb smpai 8 hb Then semggu lps tu saya period lagi 18hb smpai 20hb 3hari shja. Period lg 27hb 8 smpai 29hb. Bulan 9 pulak keluar darah sehari 13hb9 shja. Then period lg 20hb 9 smpai 23 hb9. Bulan 10 period 9hb10 smpai 11hb10. Period lg 22 hb10 smpai 23hb 10. Bulan 11 ni period 6dan 7 hb 11 sahaja. Then hari ni 13hb 11 saya keluar darah lagi… Boleh ke doc jawab pertanyaan saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan (mungkin berlaku pada anda)
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.