
Sulit
4 tahun
Masalah gangguan tiroid
Sy wnita 21 thn mnderita pnyakit hpertiroid…saat ini sy sering gemetar,sakit dada,x slesa pda tekak dn insomnia…sy rsau sbb doctor x beri sy apa2 ubt bt msa ne…sy x thn dgn pnyakit ini…doctor tolong sy adakh cra lain utk mngurangi gejalanya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda sedang alami pada ketika ini.
Untuk pengetahuan saudari, penyakit hipertiroid dikawal dengan mengambil ubat. Kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum kami membuat kesimpulan mengenai keadaan yang anda hadapi pada masa ini.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyumbang kepada penyakit hipertiroid. Contohnya:
- Penyakit Grave (Grave’s disease)
- Goiter multinodular toksik
- Radang pada kelenjar tiroid (Thyroiditis)
- Nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan
- Pengambilan iodin secara berlebihan
Sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Kesukaran bernafas
- Kesukaran menelan makanan
- Demam
- Berdebar
Selain daripada itu, doktor perlu melakukan pemeriksaan fizikal terhadap status tiroid anda dan juga membuat ujian fungsi tiroid sebelum memberi rawatan lanjut kepada anda.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap menegenai gejala anda kepada doktor-doktor kami yang bertauliah di atas talian. Terima kasih.