
Sulit
4 tahun
Masalah gatal gatal bahagian kengkangan
baru baru ni saya ada masalah gatal gatal bahagian kengkang belah paha , apa penyebab nya ? dan apa ubat yang perlu saya guna ? masalah ni kkdang datang saat bekerja dan dalam keadaan tidur . saya sangat memerlukan bantuan dr . tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kulit kering
- Ekzema
- Alahan
- Jangkitan Virus
- Urticaria
- Dermatitis kepada bahan kimia
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Saranan kami buat masa ini adalah:
- Menggunakan pelembap di bahagian gatal tersebut untuk mengurangkan rasa gatal
- Membasuh pakaian dan cadar katil dan memastikan ia kering sebelum digunakan
- Menyalin pakaian sekiranya anda berpeluh
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.