
Anonymous
4 tahun
Masalah gegendang telinga berlubang
Saya remaja berumur 20 tahun…saya mengalamai masalah sakit telinga selama 3 hari , simptonnya, saya demam panas melebih 40’c , sakit tekak .saya sudah check dekat doktor . Doktor cakap saya ada masalah gegendang telinga berlubang. Doktor beri ubat demam dan antibiotik. Telinga kiri saya kurang nanah selepas saya habiskan antibiotik saya. Tapi sekarang telinga kanan saya pulak yang sakit.kenapa doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan sakit telinga antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang atau luka pada bahagian dalam telinga
- Tahi telinga tersumbat dan menekan gegendang telinga
- Jangkitan pada bahagian lain seperti hidung dan tekak
Salah satu tabiat yang sering menyebabkan jangkitan dan radang telinga dalah penggunaan putik kapas untuk mengorek telinga. Anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan pada telinga kanan anda untuk memastikan punca masalah yang anda alami.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.