
malianaomaar
5 tahun
Masalah gusi bengkak akibat pembedahan gigi
sy sudah 9 hari menjalani pembedahan membuang gigi bongsu, namun gusi sy masih lagi bengkak,dan menyukarkan sy utk mengunyah makanan… adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini normal untuk berlaku susulan pembedahan tersebut kerana ia bergantung kepada individu.
Walaubagaimanapun, jika anda mengalami sakit yang berlebihan, pendarahan yang berpanjangan, demam, dan mulut anda berbau, anda harus pergi berjumpa dengan doktor gigi dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.