fara
6 tahun
Masalah haid 2hari sahaja
Saya mempunyai masalah haid pada bulan ini. sebelumnya haid saya seperti biasa 6 hingga 7 hari. Tetapi pada bulan ini period saya hanya 2 hari sahaja dan sedikit. period tersebut merupakan lendir berwarna merah. saya bersama dengan suami pada dua bulan lepas kerana berjauhan kami tidak bersama selepas dua bulan tersebut. adakah berkemungkinan saya hamil, sedangkan kami bersama oct lepas. tetapi nov saya cuba check upt untuk 3kali keputusan negetif. bulan nov pun period saya seperti bulan ini hanya 2hari dan sedikit. adakah saya hamil atau saya memang period? tetapi tanda tanda hamil tu saya ada. cuma takkan saya hamil sedangkan saya period untuk dua bulan in tetapi dlm jumlah sedikit.
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pendarahan yang sedikit boleh berlaku ketika awal kehamilan. Ini adalah kerana implantasi ovum dan sperma yang telah bersenyawa di dinding rahim menyebabkan darah dari dinding rahim mengalir. Dan biasanya ia adalah sedikit sahaja. Namun begitu bagi kes anda yang telah melakukan ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan negatif pada bulan sebelumnya, kemungkinan anda hamil adalah sangat rendah.
Sebaliknya, anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur atau haid yang sedikit disebabkan perubahan hormon dalam badan. Terdapat banyak aspek yang boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada kitaran haid seorang wanita.
- Aktiviti harian yang terlalu aktif, kehidupan yang stress dan terlalu letih
- Berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Penyakit tiroid
- Masalah policystic ovari
- Masalah struktur rahim, ovari cerviks, atau faraj
- Pengambilan ubat-ubatan
- Pemakanan yang tidak seimbang
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi memberikan maklumat lebih lanjut serta menjalani pemeriksaan yang berkenaan. Anda boleh bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian di link ini (DoctorOnCall). Harap membantu.
Terima kasih.





























