
Anonymous
5 tahun
Masalah haid dan loya
sy berusia 48 tahun…mengambil ubat perancang…period kali ni sgt sedikit…disertai sakit2 badan…sakit perut…pening…muntah…adakah ni tanda awal monppous?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dialami. Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh jadi adalah berpunca dari efek samping ubat perancang ataupun tanda menopause.
Menopaus adalah masa apabila haid wanita berhenti secara kekal. Menopaus adalah disahkan selepas 1 tahun tanpa haid. Umur purata menopaus adalah 51 tahun, tetapi julat normal ialah 45 tahun hingga 55 tahun.
Tahun-tahun yang sampai ke tahap ini dipanggil perimenopause yang bermaksud “sekitar menopaus.” Fasa ini boleh bertahan sehingga 10 tahun. Semasa perimenopause, pergeseran dalam tahap hormon boleh menjejaskan ovulasi dan menyebabkan perubahan dalam kitaran haid.
Untuk pengetahuan anda, semasa perimenopause, tahap hormon mungkin tidak mengikuti pola normal. Akibatnya, anda mungkin mengalami pendarahan atau spotting yang tidak teratur. Selama beberapa bulan, haid anda mungkin lebih lama dan lebih berat. Untuk beberapa bulan lagi, ia mungkin lebih pendek dan lebih ringan. Bilangan hari antara haid juga boleh meningkat atau berkurang. Anda mungkin mula berhenti mendapat haid.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.