Sulit
5 tahun
Masalah Halusinasi Dan Delusi Selama Bertahun - Tahun
Hi doc. Saya merupakan seorang perempuan pelajar kolej sem 1. Sudah 6 tahun saya alami gejala seperti delusi dan halusinasi. Bila saya duduk saja2 atau sedang buat kerja, saya berasa seperti ada orang yang berjalan, berlari atau melihat saya. Kadang2 saya terlihat seperti bayangan seseorang, namun setelah pergi melihat… tiada sesiapa pun. Bukan 1,3 kali… Namun dah lebih 12 kali perasaan itu datang. Saya juga sering mendengar suara2 panggil nama saya. Dan, tiada sesiapa pun yang memanggil saya. Selain dari tu, saya mudah marah, benci, geram tanpa sebab. Dan mudah gelak pada sesuatu yang tidak masuk akal. Saya mempunyai perasaan takut dan gelisah yang berlebihan. Sebenarnya, 4 tahun yang lepas, saya dapat gangguan seksual iaitu sentuhan dan lisan. Tapi sekarang saya takut jika saya mengandung… Sedangkan sudah 4 tahun berlalu. Perasaan ini menghantui diri saya. Saya juga mempunyai keinginan untuk membunuh tok saya yang banyak memberi trauma pada saya. Tapi, setiap kali saya buat sesuatu atau duduk saja2, saya dapat melihat situasi saya dalam itu. Tapi, situasi buruk yang saya nampak. Saya juga rasa jijik jika mengalami situasi kasih sayang. Jujur, saya tidak boleh bertindak balas dengan kasih sayang. Saya mempunyai perasaan sayang akan seseorang yang baru saya kenal. Contohnya, saya ada kenal dengan seseorang kaunselor perempuan ini… Kaunselor itu sudah mempunyai keluarganya. Namun saya sukar melepaskan kaunselor itu walaupun dia sudah nenolak saya atas alasan sukar tafsir saya. Setiap malam saya berfikir tentang dia. Saya juga sering berhalusinasi bahawa kaunselor itu ibu kandung saya yang sebenar. Padahal saya rasa itu cuma khayalan kerana sebelum2 ini perkara sama sudah berulang pada orang lain juga. Kadang2 setiap malam saya menangis. Tangan dan kaki saya juga sentiasa berketar - ketar jika ada presentation di kelas. Saya rasa gugup dan gelisah. Saya juga sering berfikir bahawa rakan kelas mahu aniaya saya dan tidak suka saya. Begitu juga saya berfikir bahawa pihak kolej tidak suka saya dan sering bercakap tidak elok mengenai saya. Saya kadang2 tidak makan selama 3 hari dan boleh jadi makan 6 kali tambah nasi dalam jangka masa sehari. Saya juga mudah rasa kehilangan seseorang walaupun dalam jangka masa seminggu seseorang itu tiada. Padahal seseorang itu masih ada cuma tidak bersama saya. Boleh doc tahu apa masalah dan punca saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda semua tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Kondisi seperti itu perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gangguan spektrum personaliti anti sosial yang berat
- gejala depresi disertai gangguan psikotik
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder )
- gangguan mental organik
- gangguan schizophrenia
- atau gangguan yang lain
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi . Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, sekiranya tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga menasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing beliau, kerana ia hanya akan merumitkan lagi keadaan.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.




























