
Sulit
5 tahun
Masalah hidung berbau busuk n kahak hijau pekat keluar
Saya ade mslh pernafasan berbau busuk beserta kahak hijau yang agak pekat berbentuk kecil2 bila saya ludahkan… tp bile saya telan kahak hijau itu terasa seperti kahak tersebut berada di tekak… ia buat saya sesak nafas bila baring n menganggu tidur saya. mohon pencerahan doc… tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan tersebut boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari seperti yang disenarikan diatas.
Memandangkan kahak sudah hijau malahan mengeluarkan bau yang busuk, itu adalah petanda bahawa telah terjadi jangkitan. Maka, hal ini perlu ditangani sebelum jangkitan merebak.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.