
Sulit
4 tahun
Masalah hypothyroidism
Assalamualaikum, saya wanita berusia 29 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 3 tahun. Pada Disember yang lalu, saya telah membuat full medical check up dan didapati paras T4 saya ialah borderline minimum (hypothyroid) - kesannya BMI overweight & paras cholesterol borderline max. Tetapi Doctor klinik tersebut mengatakan saya tidak perlukan apa apa rawatan & memadai dengan menjaga diet + menambah lebih iodine intake. Ada kemungkinan penyakit thyroid ini keturunan kerana arwah Ibu & Nenek saya jugak ada issue dengan thyroid tetapi saya tidak tahu dengan lebih jelas. Antara simptom yang saya alami ialah kenaikan berat yang mendadak (sebulan naik 1kg) bermula tahun lepas. Beza berat saya dengan yang lama hampir 10kg dalam masa setahun sahaja. Simptom yang lain turut ada walaupun mild. Saya berkira kira untuk melakukan pemeriksaan semula (follow up after 6 months) di hospital. Saya ingin tahu punca sebenar hypothyroid sama ada dari diet yang tidak sesuai atau autoimmune disease, adakah saya boleh menjalankan ujian sebegitu di hospital kerajaan? Harap Doktor di sini boleh guide apa yang saya perlu periksa & request dari doktor untuk pemeriksaan. Juga apakah worst case scenario jika saya tidak mendapatkan rawatan bagi hypothyroid. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, Antara punca utama masalah hipotiroid ialah kekurangan iodin dalam badan. Namun, memandangkan terdapat ahli keluarga anda yang mengalami masalah yang sama, terdapat risiko ia adalah masalah autoimun. Saya bersetuju untuk anda mendapatkan ujian ulangan bagi kelenjar tiroid anda. Selain itu, antara komplikasi tidak merawat masalah hipotiroid adalah kegagalan jantung, kolestrol akan meningkat, emosi akan menjadi tidak stabil seperti kemurungan. Oleh itu, jika anda telah mengambil diet iodine namun masih lagi mengalami peningkatan berat badan, anda disarankan untuk mendapatkan susulan lanjut.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.