Sulit
3 tahun
Masalah jerawat di badan
Saya berumur 19 tahun dan jerawat sering naik di bahagian badan. Bolehkah saya tahu aap punca jerawat tu naik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, risiko untuk mendapatkan jerawat bergantung kepada
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Manakala punca yang boleh menyebabkan jerawat naik adalah:
Peningkatan dalam produksi sebum
Infeksi oleh bakteria
Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.