
Anonymous
5 tahun
Masalah kandungan di perut
Dok saya lewat datang haid 2 hari dan saya ambil ujian kencing dan hasil dia positive tapi satu garisan samar samar masalahnya sini dok selepas 2 hari ambil ujian tersebut saya dan suami begaduh lalu saya buat keputusan bodoh dengan makan ubat postinur empat biji doktor hmmm adakah saya akan keguguran? Jika tidak adakah kandungan saya baik baik saja dok?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan puan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.