Sulit
2 tahun
Masalah kegatalan biji-biji air
Hai. Saya berumur 23 tahun. Dan tiada alahan makanan atau apa. Tapi semalam leher dan jari saya gatal dan naik biji-biji air. Apakah faktor dan saya perlu merujuk ke klinik berhampiran ke ?? Sebab leher dengan jari saya sangat la gatal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!