Sulit
5 tahun
Masalah kegatalan di dalam kulit
Hi doctor, saya wanita berumur 19 tahun. Saya tak pasti masalah kulit yang terjadi pada saya ni. Saya mengalami kegatalan pada bahagian dalaman kulit dibahagian paras siku kedua dua belah tangan.Dia timbul merah merah tapi dibahgian dalam & saya ada garu tapi takda sebarang bekas pun. Selain itu, ada timbul beberapa ruam di luar kulit dan ada juga didalam kulit. Saya tak pasti ni masalah kulit atau darah. Pagi tadi saya ada pergi klinik kesihatan doctor ada cakap sel darah rendah. Tapi saya tak pasti la kalau itu puncanya. Harap doctor dapat bantu jawab masalah yg saya hadapi. Jika serius saya boleh ke hospital terus.terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal seperti berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































