
Sulit
3 tahun
Masalah kegatalan hingga luka
Saya pernah alami gatal² hingga luka di private part dan pernah rujuk ke kk. Doc bagitau ia seakan tanda herpes, test darah semua dah buat and result ok. Saya diberi aciclovir 200mg dan dalam seminggu luka tu sembuh. Tapi sekarang ia berulang dan menyebabkan pedih bila terkena air. Adakah ia punca dari saya bercukur? Boleh suggest ubat yang terbaik?tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kelamin seperti herpes, gonorea atau sifilis
- Kulit kering
- Radang kulit
- Kecederaan pada permukaan kulit
- Penjagaan kulit yang kurang memuaskan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Walau bagaimanapun, sukar untuk kami katakan punca gejala yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja tanpa mengambil maklumat lanjut dan juga pemeriksaan lanjut. Selain itu, kami juga tidak dapat mengesyorkan ubat tanpa diagnosis kerana setiap keadaan mempunyai rawatan yang berbeza.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.