
Sulit
4 tahun
Masalah kehamilan @ normal
Hai Doc,
Saya berumur 34 tahun. Haid saya telah lewat lebih 5 hari. Sepatutnya setiap 8@9 haribulan saya akan period. Saya telah membuat UPT test dan disahkan +ve. Untuk pengetahuan doc, ini adalah kandungan ketiga. Kedua2 anak sebelum ni lahir sihat & normal. Saya juga tiada masalah kesihatan. Pada 25/7/2020 saya ke klinik swasta untuk scan kandungan. Anggaran kandungan dalam 6w masa tu. Doc scan tapi tak nampak kantung. Doc assume mungkin baby masih terlalu kecil @ sy salah bagi tarikh mula period. Doc buat test UPT, masih lg +ve. Dia suruh dtg semula pada 8/8/2020 nanti untuk f/up scan. Dia advise jika masih tak nampak kantung, surat akan diberi untuk rujukan ke hospital. Oh ya doc. Sy ada masalah keputihan berwarna kuning kehijauan dan diberi ubat insert kerana mengalami jangkitan kulat. Doc juga berpesan jika saya mengalami pendarahan & sakit perut yg kuat, saya perlu ke hospital dgn segera.
Namun doc, baru2 ini, sy telah mengalami pendarahan hampir setiap hari tetapi saya tidak pula sakit perut @ berlaku kekejangan abdomen. Kadang2 darah sedikit, berwarna merah cair, kdg2 coklat, kdg2 berwarna merah darah period. Darah pada panty liner tidaklah banyak tapi bukanlah dalam bentuk spotting. Pada Sabtu (1/8/2020) saya segera ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Di sana, UPT diuji dan sekali lagi masih +ve. Anggaran usia kandungan adalah 7w+. Oleh kerana doc tidak dpt buat normal scan, maka mereka scan melalui bawah & kali ni jelas terlihat kantung tapi tiada baby kelihatan & ada YOLK SAC. Setelah selesai, mereka kata itu perkara normal kerana bleeding disebabkan implementation @ penempelan pada dinding rahim. Mereka pesan saya perlu ambil asid folic & boleh buka buku pink di klinik KK. Mereka juga berpesan perkara yang sama iaitu jika keluar darah yg banyak, berketul2 (1 jam tukar pad 2@3x) dan diikuti dengan sakit perut, saya perlu ke hospital semula.
Malam tadi, darah masih keluar tetapi warna merah darah period. Kuantiti darah kali ni banyak sedikit dari kebiasaannya tapi saya masih tidak mengalami apa2 sakit di perut.
Adakah ini normal Doc? Saya masih risau jika darah masih berterusan tetapi saya tidak mengalami apa2 kesakitan. Perlukah saya ke hospital semula? Ada tak patient yang mempunyai masalah yang sama dgn saya? Mohon pandangan Doc. Sedikit sebanyak merisaukan saya kerana perkara ini tak pernah terjadi semasa saya mula hamil anak pertama & kedua.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu keluar pendarahan ketika hamil. Untuk makluman pihak tuan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- keguguran
- ectopic pregnancy
- molar pregnancy
- plasenta letak rendah
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor sekiranya pendarahan terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi isteri anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.