Sulit
2 tahun
Masalah kekurangan darah
Saya Lya berumur 18 tahun,saya pernah mengalami anemia dan ditahan di wad selama 4 hari.Saya sering berasa pening dan mudah penat.Adakah saya perlu mengambil vaksin covid 19? saya juga fobia terhadap suntikan dan ubat-ubatan kerana antibodi tubuh yang agak lemah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda pernah mengalami anemia dan ingin mengetahui sama ada perlu atau tidak anda mengambil vaksin. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pesakit anemia dianjurkan mengambil vaksin segera setelah vaksin tersedia buat mereka. Umumnya, anemia bukan merupakan kontraindikasi bagi untuk pemberian vaksin COVID-19. Vaksin COVID-19 adalah penting bagi melindungi diri daripada menerima komplikasi serius daripada jangkitan COVID-19.
Namun, anda juga dinasihatkan untuk dapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Pihak anda juga mungkin memerlukan penilaian pra vaksinasi.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini