Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah kemurungan yang melampau

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 3:51 PM

Sulit 12 hari

Saya remaja berumur 19 tahun. sejak kebelakangan ini saya mengalami kemurungan yang melampau sehingga saya sukar untuk tidur dan hampir melalukan perkara yang sia sia. Adakah saya patut mengambil antidepressant pil? di mana saya patut dapatkannya?

Dr Ramzdhan 12 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemurungan adalah satu diagnosis yang boleh ditegakkan oleh seorang doktor pakar psikiatri. Merujuk kepada keluhan-keluhan yang anda rasai, kemungkinan apa yang anda hadapi adalah salah satu daripada keadaan dibawah seperti:

  • Gangguan penyesuaian juga dikenali sebagai adjustment disorder
  • Keresahan dan kebimbangan umum juga dikenali sebagai anxiety
  • Gangguan hormon seperti tiroid
  • Masalah kekurangan vitamin seperti vitamin B
  • Akibat sesetengah jenis ubat-ubatan
  • Penyakit autoimun dengan gejala mirip kemurungan seperti pada
  • Kemurungan

Memandangkan keluhan ini sepertinya telah berjalan lama, ketahuilah bahawa untuk setiap penyakit yang tersenarai diatas, ada ubatnya. Buat masa ini, anda digalakkan untuk merujuk ke doktor agar dapat diberikan diagnosis yang benar seterusnya pengubatan dan terapi dapat dimulakan dengan segera. Hal ini adalah penting untuk diatasi agar masalah tidak memburuk dimasa hadapan.

Nasihat saya agar anda melakukan kunjungan ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan temujanji bersama doktor pakar dan kaunselor. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 15:51:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Perbuataan yang tidak normal Assalam dan selamat petang doktor saya ingin bertanya ayah saya berumur 74.sejak 3hari dia ingin makan tuala dan makan cawan adakah itu tanda nyanyok Baca lagi...
16 hari
Sulit
Tahap tekanan dan depresi terhadap bunyi bising kenderaan Salam doktor, akhir2 ni saya rasa stress terutama bila dengar bunyi bising kenderaan. Rumah saya berada berdekatan dengan kawasan industri dan jalan besar. Saya punya stress tu sampai terasa ter… Baca lagi...
2 jam
Sulit
Jiwa tidak tenang, rasa malang saya wanita berumur 36 tahun.Masalah saya adalah senang marah, senang menangis, suka berfikiran negatif dan over thinking. Saya benci dgn bunyi bising seperti kanak2 menangis, bunyi batuk berula… Baca lagi...
31 hari
Sulit
Sesak nafas pada waktu malam , kejang ii otot , sakit kepala atau pening pada waktu malam , susah untuk tidur dan mood selalu swing saya seorang remaja berumur 16 tahun yang mood nya tidak terkawal, say boleh marah dan tiba ii happy , kadang ii bila saya happy gelak ii saya jadi sedih secara tiba ii. apabila waktu malam bila… Baca lagi...
29 hari
ronaldrico890
Fikiran bercelaru dan berfikir hendak mati,selalu bercakap sendirian,mengancam bila marah Saya seorang remaja berumur 17 tahun.Saya mengalami gangguan fikiran sejak kematian ayah saya.Bermula dari kematian ayah saya lah saya mula berfikiran entah apa-apa.Kadang-kadang ada rasa nak mati.Dan… Baca lagi...
16 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi