Anonymous
6 tahun
Masalah kepala zakar
Beberapa mgu lps kepala zakar terkena jangkitan seperti gigitan serangga.Sya sapu cream Creobic dan sembuh tetapi keadaan kulit zakar terlibat jdi seperti nipis n menggelupas. 4 hari lps sya menggadakn hubungan seks dgn isteri.Sehari kemudian kawasan tersebut jadi sakit,pedih dan seperti kena jangkitan…berair…sya sapu semula cream creobic tpi tiada kesan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti status sunat, frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, kulit kepala zakar menggelupas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































