Sulit
3 tahun
Masalah kerap hidung tersumbat bertahun tahun
Saya kadang tak boleh nafas disebabkan hidung terlalu sumbat. dah dekat setahun saya kena. saya agak risau sebab ada orang bagitahu masalah resdung ni bahaya. saya nak minta nasihat daripada doktor. adakah saya kena bergantung pada ubat selsema?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Alahan rhinits
Alahan kepada persekitaran
Ketumbuhan seperti polip
Keradangan sinus
Masalah struktur hidung
Penyakit diatas kesemuanya menyebabkan hidung tersumbat. Maka, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.