Sulit
6 tahun
Masalah ketumbit jenis chalazion selama 2 minggu. Saya a at memerlukan eye ointment yang sesuai
Saya sudah mengalami ketumbit jenis chalazion
selama 2 minggu. Adakah eye ointment yang sesuai??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh dirawat dengan cara:
- warm compression- gunakan kain bersih atau _cotton pad, rendamkan dalam air suam kemudian perah. Letakkan di bahagian mata yang kembang selama 10-15. Ulang cara ini beberapa kali dalam sehari sehingga kembang itu reda.
- Urut dengan lembut mata anda selama beberapa minit. Tetapi pastikan tangan bersih sebelum menyentuh mata.
Malangnya saya tidak dapat memberi cadangan mengenai ubat oitment. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan harus dilakukan ke atas mata anda. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda juga boleh ke farmasi dan meminta nasihat dari mereka.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































