Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Saya berumur 37 tahun, saya mengalami period yang tidak teratur dan tempoh period yang lama. Hari ini hari ke lapan saya didatangi spot berwarna coklat dan masih tidak keluar darah period. Selepas habis tempoh period, tempoh suci saya 10-14 hari sahaja. Adakah ini normal?
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Perdarahan di luar kitaran haid dapat dikatakan tidak normal. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.