Sulit
3 tahun
Masalah kuku kaki yang menjadi hitam
saya berumur 20 tahun. saya ada masalah kuku kaki yang hitam. pada awalnya saya perasan perubahan kuku kaki menjadi hitam ketika berumur 12 tahun. dan saya tidak mengambil tahu kerana saya ingat ianya hanya sementara. tapi masalah berlarutan sehingga kini. saya kadang kadang jadi malu untuk ‘bare foot’ walau dengan kawan kawan. saya rasa sangat pelik…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Umumnya gejala yang dihadapi oleh anda boleh disebabkan oleh:
- komplikasi dari penyakit
- diabetes
- penyakit jantung
- anemia
- penyakit buah pinggang
- jangkitan kulat
- trauma pada kulit & kuku
- penyakit melanoma
- atau hanya perubahan pigmentasi kulit di bawah kuku
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.