
Sulit
3 tahun
Masalah kulit iaitu kudis
Menjadi hitam dan berkuping setelah digaru menyebabkan terjadi penyakit kulit dan boleh saya tahu bagaimana penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan untuk memghilangkan penyakit kulit ini dari badan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang masalah kulit menjadi hitam dan berkuping setelah digaru. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Terdapat pelbagai penjelasan mengapa gejala sedemikian boleh berlaku, antaranya:
- geseran antara kuku dan kulit akibat menggaru
- kulit kering
- alahan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti:
- jangkitan kutu (scabies/kudis), kuman
- gangguan saraf - yang menyebabkan kegatalan sehingga terpaksa digaru
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut serta penyelesaian berkenaan masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.