
Sulit
4 tahun
Masalah kulit muka, jerawat dan ruam
Saya berumur 18,dan saya telah mula memakai produk sejak umur saya 13tahun…produk yang saya pakai bukanlah dari bahan bahan organik…produk yang saya pakai semuanya yang terjual di kedai jamu contoh dnars,deeja,tati,glow glowing…macam macam produk saya sudah cuba…genap saja usia 18 kulit saya jadi semakin teruk,tiap kali saya nak berhenti pakai local produk ni,mesti akan naik jerawat yang besar,ruam kecik kecik,dan kulit jadi kering melampau sehingga membuatkan saya rasa tak selesa…tapi saya tekad nak tinggalkan semua produk ni,boleh suggest kan apa yang saya patut buat,patut pakai…kerana kulit saya jadi semakin teruk…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Secara umumnya jerawat berlaku disebabkan:
- fasa akil baligh manusia
- peningkatan hormon androgen dalam tubuh
- gangguan kelenjar sebum
- jangkitan kuman
- amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
- dan lain-lain
Untuk pengetahuan anda, ubat antibiotik lazimnya memerlukan preskripsi dari doktor, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, namun buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid atau retinol akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
- krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Selain itu, sekiranya terdapat kesan-kesan yang aneh setelah menggunakan produk seperti kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, disarankan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor yang lebih pakar.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.