Sulit
4 tahun
Masalah mati pucuk nak tukar ubat dari viagra ke cialis
Hi doktor saya pengguna viagra sebelum ini…saya bercadang untuk bertukar kepada cialis…saya nak tanya adakah cialis dos kecil 5mg boleh di makan sebagai ubat harian dan di makan di waktu yang sama setiap hari bagi merawat ED?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda,
ubat seperti yang nyatakan (cialis) adalah sejenis ubat tadalafil digunakan untuk merawat masalah fungsi seksual lelaki (mati pucuk atau disfungsi ereksi-ED). Dengan rangsangan seksual, tadalafil berfungsi dengan meningkatkan aliran darah ke zakar untuk membantu seorang lelaki mendapatkan dan menjaga ereksi. Akan tetapi, penggunaan ubat adalah dilarang kepada pesakit yang mempunyai penyakit jantung atau penyakit non-arteritic anterior ischaemic optic neuropathy (NAION). Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor sebelum melakukan penukaran sebarang ubat yang berkaitan masalah anda. Hal ini kerana pelbagai pertanyaan perlu ditanyakan oleh doktor seperti rekod kesihatan anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah































