
Sulit
4 tahun
Masalah Mental atau Tidak?
Saya ada masalah mempunyai perasaan sangat tidak selesa apabila ada seseorang menyukai saya, tidak kira jantina atau umur. Saya akan jadi berdebar dan tidak selesa apabila saya mendapat tahu ada orang menyukai saya dengan berlebihan atau pun menunjukkan sifat mesra pada saya. Bila perkara ini berlaku saya jadi sukar tidur, resah, jantung berdegup laju bila fikirkan individu tersebut dan saya akan mula menjauhkan diri dari individu tersebut dan akhirnya melukai perasaan individu tersebut. Perkara ini saya alami sedari kecil dan saya tidak mengalami apa-apa trauma semasa kecil. Adakah ini satu masalah mental?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Menurut pandangan saya, anda mungkin memang ada mengalami masalah emosi. Saya tidak dapat memberikan kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi kerana maklumat tidak mencukupi. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Apa yang boleh saya bantu sekarang adalah menyarankan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar psikiatri. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan atau pakar kaunseling terlebih dahulu. Dari situ, pihak mereka akan merujuk anda ke pakar psikiatri sekiranya perlu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Diharap anda akan segera mendapatkan rawatan dan nasihat pakar agar masalah anda tidak menjadi lebih parah. Semoga anda cepat sembuh seperti sedia kala. Terima kasih