
Sulit
4 tahun
Masalah mudah terkejut dan jantung laju
Hi saya wanita berumur 21 tahun. Sejak 2 hari lepas saya mudah terkejut akan hal kecil dan semalam jantung saya berdenyut dengan sangat laju menyebabkan pernafasan tidak stabil, pening dan tangan mulai berpeluh sejuk. Adakah ini simptom serangan panik atau ada masalah dengan jantung saya.terima kasih

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pihak kami percaya, doktor telahpun melakukan pemeriksaan keatas diri anda berdasarkan kepada keperluan dan kondisi diri anda. Beliau telah membuat beberapa prosedur bagi mengesahkan status kesihatan diri anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!