Sulit
2 tahun
Masalah payudara kiri dan kanan
hai, dok. saya remaja 13 tahun. apabila bulu roma saya mengembang kawasan puting payudara kiri saya ada muncul putih-putih . payudara kanan pula ada timbul coklat-coklat.selain itu,saya juga merasakan sakit pada payudara saya. saya risau akan kesihatan saya. adakah itu normal? adakh ia faktor Perubahan hormon?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham anda mengalami masalah bulu roma serta muncul bintik putih dan coklat di payudara kiri dan kanan yang ditambah dengan kesakitan. Adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian lazimnya dapat dikaitkan dengan beberapa perkara, seperti:
- Perubahan hormon
- Gumpalan tisu lemak
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Kanser payudara
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih