Sulit
3 tahun
Masalah pembuang air besar selepas bersalin. Buang air besar terlalu sakit dan akan keluar darah
Saya wanita yang berumur 26tahun dan mempunyai 2 org anak. Persoalan saya, selepas bersalin, saya mengalami masalah susah membuang air besar. Dua-dua keadaan lepas bersalin sama. Kadang-kadang terasa sangat sakit ketika membuang seakan-akan macam ada berlaku koyakan di bahagian dubur. Selepas keluar najis, ada keluar juga darah segar dari bahagian dubur dan penuh bersama najis. Boleh saya tau punca sebenar tu kenapa? Adakah sembelit @ buasir? Terima kasih doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas. Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat dan penerangan lanjut. Terima kasih.