Sulit
3 tahun
Masalah pembuangan air besar dlm tabiat buang air besar sprti kadang2 sembelit dan diarrhea.. dimana keadaan in menyebabkan pendarahan Dan najis berlendir
Sy perempuan, umur dlm linkungan 25 tahun… Sy ad masalah dlm pembuangan air besar dimana terdapat fresh blood terutamanya selepas mknn yg pedas … sy juga alami perubahan dlm tabiat buang air besar sprti kadang2 sembelit dan diarrhea… Berat bdn sy juga menurun tpi sy x dak masalah dalam pemakanan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah najis berdarah boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.