Sulit
5 tahun
Masalah perempuan ( haid tak teratur)
Doktor saya nak tanya, apa tanda kalau kita uzur lebih 15 hari. Haritu saya dah habis uzur, masatu lebih 15 hari jugak la. Pastu selang 2,3 hari camtu tengok ada balik sampai harini. Tapi dia mcm keluar warna coklat2 je, darah tak keluar banyak sangat. Saya pon rasa mcm resah je ni ye la lama sangat, tak habis2 lagi. Takut saya. Tapi sebelum saya datang uzur ni haritu, sebelum tu dlm sebulan jugak la tak datang uzur ni. Saya nak tanya apa yg perlu saya buat dan apa tandanya? Saya takut ada penyakit
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Saya memahami keresahan puan dalam hal ini. Haid berpanjangan sememangnya tidak normal dan terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid seseorang wanita berpanjangan iaitu:
- Ketidakstabilan hormon. Beberapa perkara yang boleh menganggu hormon dalam badan wanita, seperti sindrom polisistik ovari (PCOS), obesiti dan masalah pada kelenjar tiroid.
- Fibroid dan polip rahim
- Kesan sampingan daripada suntikan perancang keluarga
- Kehamilan ektopik, keguguran
- Endometriosis
- Ubat seperti aspirin dan penipis darah
- Penyakit keradangan pelvik
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sebaiknya puan perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor berdekatan kerana banyak informasi yang perlu diambil kira sebelum memberikan diagnosis yang tepat. Puan juga boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung secara peribadi dengan doktor kami.
Haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























