
Sulit
5 tahun
Masalah period dan kegatalan di vagina
hi doc , umur 16 tahun . sebelum ni saya mengalami gatal gatal pada bahagian vagina . dan bila saya cuba melihat vagina saya , maka terdapatlah sejenis keputihan yg berketulan . saya juga cuba menggunakan ubat gatal dari farmasi iaitu candid b . hanya seketika saja lah , hilang rasa gatal . dan saya pun membeli sabun vagina dari kakak ipar saya , iaitu sabun jamu puteri jelita . then akhirnya hilang rasa gatal tu . masuk tahun ni , saya patut nya hujung bulan dah period .masa bulan 3 tu , saya tak period pun . tapi sebelum tu jugak ada kejadian yg sebelum ni terjadi .vagina saya gatal gatal , dan keputihan pun berketul . saya pun pelik , perut saya pun sakit sgt . lepas itu , masuk bulan 4 ni tanda tanda period ada , jadi saya pun rasa yg saya akan period . tapi masih sama , tak period lagi . vagina saya pun tak gatal dah , dan keputihan yg berketul dah takde . tapi perut saya sakit , macam masa period tu lah .dan tanda tanda period itu masih ada lagi .

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada
- Kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.