
Sulit
5 tahun
Masalah period dan kesukaran untuk hamil
Saya izzati umur 21 tahun. Saya telah berkahwin selama 9bulan. Saya disahkan mempunyai PCOS. Setelah merujuk ke Klinik An nur dan membuat transvaginal scan (tvs). Pada 5/4/2020 hingga 12/4/2020 tempoh period saya dan pada 21/4/2020 terdapat darah (warna coklat) dua tompok…mohon dr memberikan penerangan terhadap masalah yang saya hadapi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah darah warna coklat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Beberapa cara untuk mengatasinya adalah:
- Buat ujian kehamilan jika mengesyaki hamil
- Jika masalah disertai gejala lain seperti senggugut keterlaluan, haid terlalu lama atau tidak datang haid sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui punca
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.