
Sulit
5 tahun
Masalah period lewat dan lama
saya sekarang berumur 21 tahun dan belum berkahwin . untuk masalah saya , saya last period pada bulan 7 lepas selama 8hari dan period semula pada bulan 9 … itu pun selepas saya makan buah nanas … adakah normal bagi saya kalau saya datang period lebih 15 hari (20hari) selepas hampir 2 bulan tak datang period … btw saya tidak pernah mengalami senggugut selama saya datang period , tiada pertumbuhan jerawat ,atau rambut gugur … untuk period kali ini , darah berwarna merah cerah dan kadang berketul . sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk pengetahuan anda, buah nanas tidak akan menjejaskan haid anda. Ini merupakan mitos perubatan yang tidak mempunyai sebarang bukti kajian sains. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.