
Sulit
4 tahun
Masalah period tidak keluar dengan lancar
Saya berumur 32 tahun. Dulu saya obesiti tapi sekarang dah berjaya menurunkan berat badan. Sebelum ini haid saya keluar dengan banyak dan lancar tapi lately haid saya awal 5 hari dari tarikh sepatutnya dan darah tidak mahu keluar banyak. Separuh pad pun tak sampai kuatiti darah yang keluar. Hanya setompok kecil sahaja dan ia membuatkan saya rasa pening pening. Saya mengalami masalah ini bermula bulan lepas. Tapi bulan lepas darah saya masih keluar macam biasa tapi hari ke empat darah sudah mulai kering. Sekarang ni saya tengah period tapi darah tak nak keluar. Sikit sahaja. Bulan lepas saya period 23/2 bulan ni 18/3. Sebelum itu masa remaja dulu saya selalu kurang darah juga tapi tak teruk sampai perlu buat pemindahan darah. Just take madecine and food to increase my blood count. Sebelum masalah ini berlaku saya ada minum coffee setiap hari. Adakah coffee yang buat saya macam ni? Harap doktor dapat membantu saya selesaikan masalah ini. Thanks in advance

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak lancar. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa.
Untuk mengetahui punca masalah ini dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sekiranya masalah ini mengganggu anda atau diiringi gejala tambahan lain seperti pening kepala, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!