
Sulit
4 tahun
Masalah pertanyaan potensi mengandung,
Saya melakukan hubungan intim bersama isteri buat kali pertama,which is masa tu selaput dara tidak mengeluarkan darah dan saya tahu selaput darah mmg berbeza ikut wanita, cumanya kami tidak bersedia punya anak atas dasar komitment kerja, jadi saya hanya memasukkan sedikit mr P saya ke dalam mrs V which is hanya luaran saja, dan membuang mani di luar, adakah potensi mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang sedang dihadapi.
Untuk makluman anda, kehamilan berlaku apabila terjadinya persenyawaan di antara sperma dan ovum. Sekiranya hubungan seksual anda dilakukan tanpa perlindungan, anda mempunyai peluang untuk mendapat kehamilan. Namun sekiranya anda pasti kesemua ejakulasi berlaku di luar faraj wanita, peluang untuk hamil sangatlah rendah kerana persenyawaan tidak mungkin berlaku.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagi merancang kehamilan, terdapat beberapa cara yang anda boleh praktikkan. Antaranya :
- Menggunakan kondom
- Ejakulasi di luar faraj
- Makan pil perancang
- Injeksi pil perancang
- Menggunakn alat IUD di dalam faraj
Saya menasihatkan anda untuk berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan bagi membincangkan perancangan kehamilan isteri anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.