Sulit
4 tahun
Masalah Pertuturan dan Telinga Berdering
Saya wanita, berusia 30 tahun. Saya mengalami stress yang agak teruk pada 2 tahun lepas di mana saya merasakan ia telah menjejaskan masalah pertuturan saya. Sehingga sekarang, saya masih mengalami masalah tersebut di mana saya selalu lupa perkataan semasa bertutur dan perkataan tersebut biasanya perkataan yang mudah. Ini agak menjejaskan kehidupan saya kerana saya merupakan eksekutif yang sentiasa perlu berkomunikasi dengan pihak berkepentingan. Adakah ini termasuk dalam masalah perubatan?
Saya juga mengalami telinga berdering kedua-dua belah telinga sejak kecil di mana selama ini saya sangkakan ia adalah normal. Namun, baru-baru ini deringan di telinga semakin kuat dan saya ada buat sedikit rujukan online bahawa telinga berdering adalah tidak normal. Namun, saya tidak mengalami masalah sampingan dan saya boleh melalui hari-hari secara normal. Adakah saya perlu membuat pemeriksaan lanjut?
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami keresahan anda yang sedang mengalami masalah pertuturan dan telinga berdering. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah pertuturan adalah salah satu masalah perubatan dan ia boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti :
- Kecederaan pada otak
- Sawan
- Strok
- Penyakit degeneratif seperti Parkinson
Manakala telinga berdering boleh disebabkan oleh :
- Masalah pada sistem saraf
- Anemia
- Masalah pada telinga seperti masalah saluran Eustachian, jangkitan telinga, telinga tersumbat atau otosclerosis
- Faktor psikologi seperti kemurungan, tekanan dan keresahan
- Tekanan darah tinggi
- Kesan sampingan ubat
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya masalah anda dapat diketahui puncanya dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





































