
Sulit
4 tahun
Masalah perut buncit sebelum dan ketika hamil
Saya ada masalah perut buncit sebelum ni atas fakto pemakanan@kurang membuang. Sekarang saya hamil dalam 5minggu, macam mana nak hilangkan buncit? Atau normal takde masalah dengan kandungan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah buncit boleh disebabkan oleh:
- Obesiti
- Kurang penjagaan makanan (makan makanan terlebih kalori seperti karbohidrat)
- Kurang aktif/ kurang bersenam
- Masalah hypothyroid
- Masalah hormon seperti “Cushing Syndrome”
Anda dinasihatkan untuk:
- Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak dalam pemakanan
- Lebihkan bersenam (sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, 20 minit satu sesi senaman)
- Lebihkan minum air kosong
- Elakkan minum minuman manis
- Elakkan rokok dan menjadi perokok pasif
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.