
Anonymous
6 tahun
Masalah prostate suami
suami saya mengalami mslh prostate Dan sekarang tgh mkn ubat DUODART. Kami dimaklumkan oleh doktor yg antara kesan sampingan Pengambilan ubat ini ialah kesukaran Utk mengeluarkan sperm. Kami dlm proses Utk mendapatkan anak. Ada rawatan/ubat ker yg blh suami saya ambil Supaya sperm dia dpt keluar dgn normal. Sekian, trm ksh

6 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut soalan Puan, masalah pengeluaran sperma suami Pn berpunca daripada Benign Prostate Hyperplasia (BPH), iaitu pembesaran abnormal postate dan ubat Duodart. Oleh itu, adalah disarankan untuk memberi masa supaya Duodart tersebut berfungsi untuk mengecilkan balik saiz prostat dan mengurangkan simptom BPH. Pengeluaran sperma akan kembali pulih selepas rawatan tersebut.
Jika anda berusaha mendapatkan anak secepat mungkin, anda boleh berjumpa dengan dotor kesuburan untuk alternatif/rawatan lain.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.