
Sulit
5 tahun
Masalah resdung bagi ibu hamil
Saya ibu hamil… Kandungan 15 minggu… saya mempunyai masalah resdung… pagi-pagi saya akan bersin, hidung gatal serta berair… Bolehkah saya consume ubat ‘ADEZIO cetirizine HCI 10mg’ ? Terima kasih

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anti-histamin generasi kedua seperti cetrizine secara amnya selamat untuk diambil ketika hamil dan tidak mempunyai kaitan dengan risiko untuk mendapatkan masalah kongenital. Namun, kegunaan ubat ini semasa hamil adalah bergantung kepada tahap keperluannya. Ianya hanya diberikan jika ianya benar-benar diperlukan oleh ibu hamil.
Untuk mengetahui keselamatan ubat tersebut untuk diambil sewaktu hamil, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.