
Anonymous
6 tahun
Masalah sakit bahagian pembuangan tempat lencing
Saya ingin bertanyakn bagi pihak suami. Suami mengadu keerap ke cing mlm. Sakit bahagian tempat pembungan air kencing. Pada hari ini demam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah kencing sakit yang di hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Sekiranya terdapat jangkitan atau radang, ini boleh menyebabkan demam.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, sebelum menentukan ubat yang sesuai untuk diberikan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian.Terima kasih.